al-Faqir@Tumblr

1 year ago

Tangan yang penuh berotot mengangkat ‘dumbell’ berkilo2 itu tampaknya kelihatan begitu lemah sekali untuk menadah tangan merintih dihadapan Allah sekadar kurang 5minit usai mengerjakan solat. Susah sangatkah untuk melakukannya? Sebagai orang beragama kita faham benar bahawa selagimana ber’aqal’ selagi itulah kewajipan mengerjakan solat tidak akan gugur sekalipun sakit begitu kritikal. Andai melihat ada sahabat seagama yang tidak menunaikan solat, husnuzzonlah! kemungkinan dia GILA. Kucing pun tahu melambai kiranya dipanggil, tapi manusia tidak pernah faham dipanggil untuk menghadap tika mana Muazzin letih bersyi’ar …

ALLAHumma qad ballaghtu. ALLAHummasyhad!!

1 year ago

Adat manusia yang sempurna adalah mereka yang berdiri di atas fitrah kemanusiaan dan kehambaan. Melakukan kesilapan, mengaku dan bertaubat serta berusaha untuk berubah. Kesempurnaan garam bukanlah bila ia menjadi manis, tetapi apabila ia kekal masin. Kita mungkin berbeza cara fikir. Ini tabiat manusiawi. Andai berselisih, jangan dihapus rasa kasih. Andai berdebat, nilai persaudaraan jangan disiat. Andai berlainan pandangan, persahabatan jangan dikorban. Macamana samanya tapak kita bermula, begitulah samanya hujung kita berakhir. Itulah Tuhan. Andainya ada diantara kita yang pergi dahulu, pohon dimaafkan kesalahannya, kirimkanlah al Fatihah dan potongan ayat-ayat al Quran tanda kekal bersahabat walau tidak bertegur sapa di dunia ini. Semoga selamat tika berada di mahkamah Allah kelak di sisi Nabi yang pengasih. Ameen Ya Allah!